Ucapan ni aku tujukan khas buat adik aku Mohd Rozaini Muhd Sarowi dan pasangannya..yg aku tau nama dia sebagai Atul je..yang bernikah pada hari ini..hehe..
Rasa ralat giler ni tak dapat balik dan bersama2 dlm majlis tersebut.huhu...dah la aku anak perempuan sorang and sulung dalam keluarga..tp nak buat macamna..inilah takdirnya..
Kad jemputan pun aku tak dapat..adik aku ni malas skit..nak send2 gambar ke email ke...so entry ni x de gamba la ye...hopefully aku dpt gamba sekitar majlis perkahwinan nya...di pihak perempuan di Johor Baharu, 30/05/09..org kata kat Johor ada sistem tol...sblum smpai ke pengantin perempuan...pihak laki kena melalui beberapa org(tol)..kena bg duitla apalagi.!.haha.siap la adik aku..
And majlis belah laki di rumah mak aku akan diadakan pada 07/06/09 ni..
Juni & Atul..Selamat berbahagia ke anak cucu..dan banyak la bersabar menempuhi alam rumah tangga..
Ikhlas dari jauh dari akak, Abg Wan & Aufa..
Dear all there,my family and I would like to share our experiences and memories in Aussie..you can comment it..and hope you enjoy it..
Saturday, May 30, 2009
Friday, May 29, 2009
Aufa's Education Fare
Hari ni ada education fair kat skola Aufa..one of former student yg dah memegang jawatan besar dijemput utk memberikan ucapan kepada pelajar..acara selanjutnya ialah persembahan dari pelajar mengikut kelas..Gambar2 dlm entry ni ialah persembahan dari kelas Aufa (KP)..Sit down on the floor je dlm hall..
On the stage..I'm a guitar....Finish already..thank you...
Sunday, May 24, 2009
Jurnal Kembara di Australia bersama Haliza Misbun
Untuk kesekian kalinya, kami di Wollongong berkumpul lagi di Stuart Park.
Gathering kali ini adalah sempena kehadiran krew Jurnal Kembara di Australia yg diterbitkan oleh produksi Haliza Misbun..so..mungkin masuk tv muka muka kami ni..hehehe..
Haliza with her make-up less ..cantik gakla..ala2 natural beauty gitu..
Seperti biasa, klu kami gathering..mesti ada makan..konsep pot luck masih dikekalkan.. mee goreng ada,tiramisu ada,puding, buah-buahan n mcm2 lagila..
Aku saja menempel..berlatar belakangkan org shooting..awat camera man tu tak nak shoot muka aku aaa????hahaha..
Aku saja menempel..berlatar belakangkan org shooting..awat camera man tu tak nak shoot muka aku aaa????hahaha..
Thursday, May 21, 2009
Sunday, May 17, 2009
Berrima , Southern Highlands
- Berrima..sebuah pekan yang unik dah bersejarah..sejak dari tahun 1831
- Pernah dipilih sebagai pusat pentadbiran kerajaan di mukim itu..maka disebabkan itu turut juga dibina penjara( The Gaol ) ,mahkamah ( Old Courthouse )dan rumah2 kerajaan.
- 'The Gaol' masih beroperasi hingga kini dan 'Old Courthouse' dijadikan tarikan pelancong.
- Pekan Berrima ini telah di lakarkan oleh jurukur Robert Hoddle ( amat terkenal selepas itu apabila dia membuat perancangan bandar untuk Melbourne.- Sebuah kilang simen telah dibina sekitar tahun 1920-an..dan sebuah kawasan baru dibuka untuk penduduk oleh pekerja kilang tersebut dikenali kini sebagai New Berrima.
Sunday, May 3, 2009
Dragons Vs Warriors
Stay in Aussie ni tak sah kalau tak tengok rugby...ye la Aussie kan terkenal dgn rugby..so kitaorg menghabiskan waktu ptg ni sejurus selepas Seafood BBQ utk menonton rugby di Win, Stadium.
Perlawanan pada petang itu ialah antara team Dragon dgn Warriors.(pasukan dari NZ)
Barisan penyokong Malaysia di kalangan penonton..With Mr.Hubby.. Sebelum perlawanan bermula..pom-poom girl buat persembahan dulu.. Dragons team masuk ke padang..
Aksi-aksi perlawanan yg cukup mendebarkan...penat kami bersorak kat tepi padang..
Aksi-aksi perlawanan yg cukup mendebarkan...penat kami bersorak kat tepi padang..
MAS Seafood BBQ
Hari ni buat pertama kali kami kat sini buat BBQ bertemakan 'Seafood'..sebelum ni biasanya BBQ Chicken & Lamb..saja nak ubah rasa lak..sambutan dari warga2 M'sia kat sini kalau bab2 makan memang memberansangkan hehe..masing2 bawa serba sdikit ikan, udang , sotong...makanan sampingan lain pun ada tapi target hari ni apa yg sedang dibakar ni la hehe..nasib baik ketam takda..kalau ada kembang pulak la si Suzi yg arlegik ketam tu :o)
Belia2 Wollongong dengan ikan bakarnya ..yam yam
Aktivi sampingan..main Bola Tampar..best jugak sejuk2 ni..ada gak peluh
Aufa tgh seronok bermain bola ngan Abang Adam dia..
-asuw-
Saturday, May 2, 2009
Robertson
- Robertson ni merupakan satu pekan kecil di Southern Highlands ni..
- In Autumn sepanjang jalan di Robertson ni cantik dengan warna2 daun pokok berubah warna..
- In Autumn sepanjang jalan di Robertson ni cantik dengan warna2 daun pokok berubah warna..
- Ada sebuah kilang lama keju yang sudah tidak beroperasi..tetapi tetap dimeriahkan dengan kedai2 pelbagai barangan2 seperti pakaian , cenderahati , barangan antik , food court..
- Keju juga banyak dijual kat sini..tapi tak beli pun..tak pandai lagi la makan keju..belacan ok la hehe Kedai ni banyak koleksi2 barangan antik yg menarik
kick scooter lama ni ja harga dia $120 maa...
Subscribe to:
Posts (Atom)