Wednesday, January 6, 2010

MAKAN GIGI

Aku belasah je tajuk entry ni...haha..

Citer pasal makan: tepat kul 4 td aku terpk nak buat donut.Ku bancuhla yis dgn air suam....dah siap bancuh tu br aku terpk nak tengok due date yis tu.Rupanya dah expired...alamak..So hajat nak buat donut terpaksa dibatalkan. Mula la aku godek2 almari..tengok apa yg ada..ada kacang hijau..maka siapla bubur kacang hijau....hehe..

Tengok2 lagi ada kacang tanah, terus teringat mee bandung...ayam ada..mee ada..Maka bermulala operasi ku menggoreng kacang tanah...dlm tgh duk menggoreng tu....rasa mcm nak mkn nasi impit plak..haha...Akhirnya...ku masak kuah kacang, nasi impit and ayam masak kicap..malas seh nak buat rendang..itula menu dinner kitaorg utk hari ini...


Citer pasal gigi: hari Isnin lepas merupakan hari bersejarah buat Aufa..buat pertama kalinya gigi susunya gugur. Lama gak gigi tu goyang..si Aufa duk asyik bising n tanya, bila gigi tu nak jatuh...masa makan dia rasa tak selesa sbb duk goyang2...susah nak kunyah..tanpa dia sangka disaat dia sarapan, pagi Isnin itu..giginya gugur!!!seronok dia....siap minta aku simpan lagi..sbb dia nak tunjuk kat daddy dia..kelakarnya gigi yg gugur itu terletak betul2 di tengah2 bwh...so klu dia bercakap or ketawa nmpakla rompong!!! masa awal2 lepas gigi tu gugur..Aufa bercakap dgn aku pun tutup mulut. "I don't want mummy see my tooth" katanya.hahahaha....so aku mula la pujuk dia. Aku kata gigi tu akan tumbuh lg...so tak perlula nak tutup2 bila bercakap...Dah dia start tanya bila nak tumbuh..asyik tanya je...Hari ni dia dah ok skit dah pasal gigi tu...lawakla Aufa.

Eh tajuk ni kira ok je kan..sbb nak makan perlukan gigi..gigi digunakan utk mengunyah makanan...kesimpulannya makan dan gigi saling berkaitan..:)

Tuesday, December 29, 2009

Boxing Day Madness'09

1st time I heard about boxing day, I've no idea what it is..My hubby,1st time he heard..he think about boxing@tinju..hahaha..
Boxing day is actually about box@kotak...or more recognised as sale day after the christmas sale.
Last year we went no where on boxing day..as we just arrived from Melbourne.
This year, we went to 2 places, Westfield Bondi Junction (26.12.09) and Berkenhead Point (27.12.09). We drove towards Sydney for those 2 days...
As a summary..There are so many people..crowded...so many branded items such as in Nine West ,Canterbury, Diana Ferrari, Guess, Levi's,Oroton (Australian brand),Perfume's shop and more in sale..As a result we were so tired..madness...hehe...ikut hati nak beli semua!!!
Above all, mummy, daddy and Aufa got a new stuff...yahooo!!!.....next year berboxing day di Malaysia pulak....


3pm..masih ramai org...dgr citer kat Sydney City org berkumpul seawal 6pm...


Hajat nak cuci mata dlm butik LV ni..tak kesampaian..tutup..mgkin esoknya(27.12.09) baru buka..


Pengunjung boxing day dr Malaysia yg kami jumpa...org terkenal kan..so kami kenalla..la..la.la..

Aufa yg sudah kebosanan..kepenatan..



Monday, December 21, 2009

2010 is around the corner!

2009 almost finished...

for me this coming long holiday is very important as I have a long time to be a full time writer..thesis writer actually..without thinking the labwork atleast almost for 2 weeks..is so cool if I'm writing a novel ..I can get money then..provided people want to buy my novel..hehe..but..what to do I'm a student!!

there still some labwork to be done (scheduled will be finished in January)....there are due dates to be fullfilled about the thesis chapter should be complete..so you can imagine how busy I am..

hopefully what were discuss and plan go well..but still I was reminded to apply the extention just in case I can't submit my thesis on 30 March 2010, I already have the sponsor to pay the fees then....mean I've to submit it from Malaysia.otherwise I'm here without the allowance of the living cost...but the goal is submit in March 2010!!!

The end of 2009...

Above all the study thing..I managed to go to Christchurch, NZ...what a beautiful place to visit...amazing scenery!!!

As the weather changes..cold to hot..then hot to cold again..windy..me and my family got a fever..cough..flue..3 in 1!!! Anyway, as a commitment we participated in another MAS gathering to celebrate the coming new year and farewell for those will be back to Malaysia for good ...


For the new year resolution, I personally want to finish my study..and we of course want to go back to our family and home country.Friends..pray for my success!!!

Enjoy the pics ..:)


Christchurch, NZ adventure....3-7 Dec'09

Art gallery and river punting...NZ..




Mount Cook NZ, one of the location for the box office movie, Lord of the Ring...





Menikmati keindahan Lake Tekapo,NZ...


MAS Gathering 20th Dec'09....


Menggayakan jersi Wallabies pd petang itu..hehe..

Aufa in cari gula2 dlm tepung...



Baling belon berisi air....

Friday, October 23, 2009

Luahan rasa

Dikala ini ..jauh dilubuk hati..aku sgt2 risau..mcm2 bermain dlm kepala ni..habis ke master aku ni?klu x abis cmna pun mmg kena blk mesia bln 3..sponsorship dah abis..genap 2 tahun da..apa plak tindakan JPA?..extend dgn duit sendiri? oh tidak...can't afford that...ish malunya klu x abis..oh no..

5 months to go..still not enough data to write..I'm seriously blocked...sesungguhnya background aku sblm ini amat tidak mmbantu dlm project yg aku tgh buat ni..nuclear sciences vers organic synthesis totally out!!!the worst thing is no feel anymore nak buat lab...susah giler ku rasa..



salah ke keputusan aku utk dtg ke Aus ni ...terima nak buat project ni dulu..I've no choice before..lain dirancang, lain yg dpt. peluang utk belajar bukan dtg selalu..once dah dpt scholarship klu tak pergi..lain kali nak minta mesti susah. Kalau tak p belajar..kang mmber2 lain sumer belajar..dpt naik pangkat?aku nganga gigit jari...duk la takat tu smpai bila2...ada je seniour aku yg x smbung belajar.apala yg dia pk agaknya?cukup je la dgn apa yg dia dapat tu kut...ehm..aku tak bersyukur dgn apa yg aku ada ke?aku ikut2 org ke?ehm..bila aku citer sumer ni kat mamat Oz sorg ni..dia tanya aku...what is important in life?spontan aku jawab:happiness..then dia senyum..apa maksud dia?Am I lost the sense of happiness now?aaaaaaaaaa...

Ya Allah ..I'm struggling...tabahkan la hamba mu yg satu ini..sesungguhnya aku amat lemah dikala ini....berikanla yg terbaik utkku...kuatkan semangatku utk buat yg terbaik bg mendptkan yg terbaik dr-MU...amin..

Wednesday, October 14, 2009

Dua dalam satu

Malam minggu yg lepas,aku n mr.hubby sempat membuat majlis rumah terbuka sempena hari raya. Majlis itu juga merangkumi majlis ulang tahun kelahiran Aufa yg ke-6..yg jatuh pada hari Khamis, 081009...kami membuat keputusan utk mengadakan majlis tersebut pg Sabtu itu, oleh itu persiapan dibuat seawal pagi...fikir menu utk tetamu pun pagi itu juga..maka kelam kabut la kami berdua keluar membeli barang yg diperlukan, menempah kek harijadi, mengemas rumah, menghantar sms jemputan dan memasak..majlis ini serba ringkas tp tetap meriah dgn kehadiran rakan2 beserta keluarga mereka...

Juadah utk tetamu yg sempat kami sediakan. Nasi ayam, roti jala kari ayam dan mix fruit utk pencuci mulut...dah separuh perjalanan majlis, baru cameraman teringat nak ambik gambo..huhu..1st time ni buat roti jala utk jamuan. Penat gakla menjala..tp seronok tengok roti jala tu abis...tak taula sbb sedap atau pun tetamu sebenarnya tgh dlm keadaan lapar..anggap sedap je la ;0)..


Antara tetamu yg hadir, set2 kaum wanita@ibu ni suka duk kat dapur wlpn kat ruang tamu tu luas lg..mcm org2 kg. gitu...

potong kek besday..Aufa dikelilingi rakan-rakannya...


sekali lagi..dah terpotong kek tu, baru cameraman teringat nak ambik gambo...sabau je la..ni la rupa kek Aufa yg ke-6 tahun..caracter cartoon kegemarannya..Bumblebee dlm citer Transformers...


Majlis ini agak special. Selain dr kehadiran rakan2 dr Malaysia, majlis ini juga dihadiri family best friend si Aufa yg berasal dr Nepal...kawan baik Aufa tu bernama Tanay a.k.a Basu bila berada di rumah mereka....Aufa minta kami jemput classmate dia, tp kami tak berkesempatan nak mencari no. telefon kawan2nya yg lain....tambahan pula waktu ini adalah semasa cuti sekolah...so Aufa..hope you enjoy the birthday party as you wish ok! and of course may Allah bless you..besar dah anak mummy and daddy ni...sungguh cepat masa berlalu...

Friday, September 25, 2009

Langit Merah...


Hari itu-23 Sept.2009 ....bumi Australia dilanda bencana alam. Negeri New South Wales, dimana kami berada dilanda ribut debu!!!Seawal pagi, langit yg cerah bertukar menjadi merah...angin bertiup kencang..
Opera House yg mnjadi ikon Sydney hampir tidak kelihatan kerana diselaputi debu....negeri2 lain ada yg dilanda earthquake,banjir, kebakaran dan hail (hujan batu) yg menyebabkan cermin-cermin kerta pecah!!....
Ini pemandangan dr tingkap rumah kami di Wollongong....

Pemandangan di luar rumah..so scary but amazing!


Kereta yg diselaputi debu...
Cameraman on his way to work that morning...


Dr dalam kereta...


Beginila klu memandu pada waktu itu.....

Dilaporkan pada pagi itu..semua penerbangan dibatalkan..business di pelabuhan juga terganggu...debu-debu terus berterbangan walaupun langit merah itu beransur cerah...tingkap2 rumah tidak boleh dibuka....jln2 raya juga berdebu yg amat sangat..
Subhanallah..maha suci Allah yg menjadikan semua ini...
Semalam-24.Sept.2009...cuaca cerah. Kerja-kerja pembersihan terutamanya di Harbour,Sydney dimulakan. Menurut mereka yg terlibat dgn aktiviti cleaning ini..ia akan memakan masa yg agak lama.... kedai cuci kereta penuh seawal pagi..menurut salah satu berita di Tv, waktu pg..di satu kedai hampir 100 buah kereta telah dicuci dan banyak yg menuggu giliran, menurut pengusaha carwash itu jumlah kereta yg dicuci boleh mencecah 400 buah hanya dlm sehari..satu jumlah yg amat besar...

Tuesday, September 22, 2009

Satu Hari Di Hari Raya

Kemeriahan raya di perantauan pd tahun ini tetap kami rasai..Aktiviti bermula pada malam raya..kami sekeluarga berkumpul di Graduate House utk bermain bunga api..tahun lepas Aufa cuma berkesempatan menyalakan lilin di balkoni rumah kami.... Seronok tak terkata si Aufa n rakan-rakan dpt bermain bunga api..begitu juga dengan ibubapa mereka..haha..




















Seawal 7.30am , kami keluar rumah menuju ke stadium hoki utk menunaikan solat hari raya. Berada di kalangan pak-pak arab dengan jubah mereka, kami seolah2 beraya di negara timur tengah... hehe..Kami turut bergambar kenangan bersama sahabat senegara diluar stadium, kanak-kanak paling gembira kerana dapat 'buah tangan'...

Selesai solat hari raya, kami berkumpul beramai-ramai. Seperti tahun lepas, tema raya dalam taman menjadi pilihan..sekali lagi kami berhimpun di Botanical Garden, Wollongong dengan pakaian yg berwarna-warni. Pelbagai juadah yg terhidang.Nasi minyak ada, lontong, sate dan biskut2 raya....






Bersantai berdua2-an di temani burung-burung yang riang berkicauan... lalalala...













Kami juga sempat mengabadikan kenangan sekeluarga bersempena musim bunga yg baru bermula ini...Aufa dgn dunianya sendiri..main tak henti2...