Monday, August 31, 2009

National Day of Malaysia

♪♫ tanggal tiga puluh satu...bulan lapan lima puluh tujuh…♫♪..(31.08.1957)
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Happy 52nd National Day of Malaysia..
Tiada perkataan lain yg dapat ku ucapkan selain dari Alhamdulillah...berpeluang mengecapi hari kemerdekaan negara tanah tumpah darahku utk kesekian kalinya...walaupun berada di luar negara di kala ini..semangat kemerdekaan tetap tersemat utuh di sanubari..
Tertarik dgn kata2 Datok Najib yang mengingatkan bahawa rakyat tidak mampu bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa berusaha mencipta kejayaan baru....negara kita bukan akan selama2nya merdeka klu kita sendiri tidak mencuba untuk mengekalkannya..
Tersentuh hatiku bila mmbaca paparan yg melibatkan keruntuhan akhlak anak bangsaku, isu murtad ..org Islam terutamanya org.Melayu..perpecahan yg berlaku. Kita tidak tahu apa yg akan terjadi pd masa akan datang..,tetapi apa yg berlaku pd umat Islam hari ini amat jelas. Di negara lain, umat Islam di tindas dgn peperangan, tetapi di negara kita, apa yg dilihat pada hari ini ialah umat Islam diserang dgn ideologi pemikiran, budaya dan akidah songsang. Oleh itu, harapan dan doaku sempena hari kemerdekaan ini, semoga negaraku yg dicintai akan terus aman damai dan berada dalam lindungan-NYA...rakyat Malaysia terus bersatu..org Islam sedar dan menjaga agama Islam ini sebaik-baiknya...amin...
Nukilan, Suz...

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan 2009

Ramadhan...bulan yg mulia & penuh barakah datang lagi...Ramadhan..hadirmu di rindui dan pergimu ditangisi bg orang2 yang beriman dan amat memahami kelebihannya...


Alhamdulillah ku panjatkan syukur kepada Allah...dipanjangkan umur dan berpeluang berpuasa lagi pada tahun ini.. ini merupakan tahun ke-2 aku sekeluarga berpuasa di negara orang..jauh dari ibu bapa dan sanak saudara...kali ke-2 ini kami lebih bersedia setelah berjaya mengharunginya dan mengalaminya tahun lalu....Tahun ini bulan puasa kami sambut dalam rasa kedinginan penghujung musim sejuk..
Berpuasa di perantauan...mengajar aku lebih berdikari...iyalah semua kena masak sendiri...surfing di internetla utk mencari resepi...kalau di Malaysia, confirm pasar Ramadhan akan ku singgahi...
Berpuasa di perantauan...jauh berbeza. Tiada iklan atau rancangan sempena Ramadhan disiarkan...laungan azan pun kami dengar melalui komputer...bukan dr masjid2 berdekatan...apalagi bazar2 makanan yg byk ditepi jln kalau di Malaysia...sgt meriah suasananya..tapi itu semua bukan penghalang, untuk kami menunaikan rukun islam yg ke-3 ini..
Berpuasa disini..lebih singkat masanya..lebih kurang 12jam sahaja...ingat lagi apa yg kami kerap buat pada tahun lalu....menelefon keluarga di Malaysia semasa kami berbuka..tatkala itu mereka masih berfikir nak masak apa untuk berbuka...hahaha..
Ramadhan kali ini..pastinya lebih mencabar..maklumla kami berdua keluar jauh dr kaw.tmpat tinggal..berbuka puasa dlm kereta mgkin satu kemungkinan...
Tambahan pula...masa ku semakin hampir untuk menamatkan pengajian...jadi banyakla perkara yg perlu dilunaskan...
Sama-samala kita berdoa...semoga amalan kita diberkati-NYA...Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami disini..begitu juga untuk kalian semua di luar sana..amin..
Selamat berpuasa dr kami sekeluarga dan carila seberapa banyak pahala di bulan yg mulia ini....
-Suz-