Friday, September 25, 2009

Langit Merah...


Hari itu-23 Sept.2009 ....bumi Australia dilanda bencana alam. Negeri New South Wales, dimana kami berada dilanda ribut debu!!!Seawal pagi, langit yg cerah bertukar menjadi merah...angin bertiup kencang..
Opera House yg mnjadi ikon Sydney hampir tidak kelihatan kerana diselaputi debu....negeri2 lain ada yg dilanda earthquake,banjir, kebakaran dan hail (hujan batu) yg menyebabkan cermin-cermin kerta pecah!!....
Ini pemandangan dr tingkap rumah kami di Wollongong....

Pemandangan di luar rumah..so scary but amazing!


Kereta yg diselaputi debu...
Cameraman on his way to work that morning...


Dr dalam kereta...


Beginila klu memandu pada waktu itu.....

Dilaporkan pada pagi itu..semua penerbangan dibatalkan..business di pelabuhan juga terganggu...debu-debu terus berterbangan walaupun langit merah itu beransur cerah...tingkap2 rumah tidak boleh dibuka....jln2 raya juga berdebu yg amat sangat..
Subhanallah..maha suci Allah yg menjadikan semua ini...
Semalam-24.Sept.2009...cuaca cerah. Kerja-kerja pembersihan terutamanya di Harbour,Sydney dimulakan. Menurut mereka yg terlibat dgn aktiviti cleaning ini..ia akan memakan masa yg agak lama.... kedai cuci kereta penuh seawal pagi..menurut salah satu berita di Tv, waktu pg..di satu kedai hampir 100 buah kereta telah dicuci dan banyak yg menuggu giliran, menurut pengusaha carwash itu jumlah kereta yg dicuci boleh mencecah 400 buah hanya dlm sehari..satu jumlah yg amat besar...

Tuesday, September 22, 2009

Satu Hari Di Hari Raya

Kemeriahan raya di perantauan pd tahun ini tetap kami rasai..Aktiviti bermula pada malam raya..kami sekeluarga berkumpul di Graduate House utk bermain bunga api..tahun lepas Aufa cuma berkesempatan menyalakan lilin di balkoni rumah kami.... Seronok tak terkata si Aufa n rakan-rakan dpt bermain bunga api..begitu juga dengan ibubapa mereka..haha..




















Seawal 7.30am , kami keluar rumah menuju ke stadium hoki utk menunaikan solat hari raya. Berada di kalangan pak-pak arab dengan jubah mereka, kami seolah2 beraya di negara timur tengah... hehe..Kami turut bergambar kenangan bersama sahabat senegara diluar stadium, kanak-kanak paling gembira kerana dapat 'buah tangan'...

Selesai solat hari raya, kami berkumpul beramai-ramai. Seperti tahun lepas, tema raya dalam taman menjadi pilihan..sekali lagi kami berhimpun di Botanical Garden, Wollongong dengan pakaian yg berwarna-warni. Pelbagai juadah yg terhidang.Nasi minyak ada, lontong, sate dan biskut2 raya....






Bersantai berdua2-an di temani burung-burung yang riang berkicauan... lalalala...













Kami juga sempat mengabadikan kenangan sekeluarga bersempena musim bunga yg baru bermula ini...Aufa dgn dunianya sendiri..main tak henti2...

Wednesday, September 16, 2009

Wa kena beb....

Dikala ini aku tgh berehat seketika dr menganalisis data2 experimentku...dan cuba merealisasikannya dlm penulisan thesis...fenin....
pg td aku inform Sv n co -sv yg aku nak buat kerja dirumah..tak nak buat labwork..next week means lepas raya aku masuk lab smula..2 mggu lepas alat rosak..tak ok2 lg.so this week..aku assume alat tu masih rosakla...hehe...aku perlukan alat tu utk 'determination of the compound' then I can continue my experiment....selebihnya aku rasa penat bulan posa ni..blk lewat..terkejar2 masak...kadang2 buka dgn maggie...kadang2 p Omar Mosque (OM) sbb dah tak sempat sgt nak masak...so di hari2 akhir berpuasa ni nak relaks n buat keja kat umah je.. :)

Citer pasal persiapan raya.. baju raya kitaorg dah smpai dr Malaysia 2minggu lepas.....sorang sepasang..cukupla bukan pergi mana pun..sib baik raya jatuh weekend..klu weekdays mau aku beraya dlm lab kut..huhu..
kuih raya?ehm..aku tak buat pun...tp dah ada 2 jenis dah..tat nenas n almond london..aku order je kat mmber yg rajin nak buat...aci tak camtu???ingat kat Malaysia je ke blh order biskut raya..kat AUS pun bolehla..so kiranya kerja yg tinggal ialah mengemas rumah yg mcm tongkang pecah...hubby aku suka cakap mcmni klu bab umah sepah "ni umah ke khemah???"hehe..umahla bang ooiii..nnt kita kemas sama2 yek...

korang mesti tertanya2..apa kena entry ni dgn tajuk yg ditulis...tajuk tu sbnarnya berkait rapat dgn citer aku sekeluarga n family K.Ani berbuka kat OM semalam...aku ni kan tak makan daging..so menu iftar semalam ialah nasi lauk daging kambing, bergedel daging n salad....so aku x lalu nak mkn..x leh masuk langsung..yg blh salad je..nasi pun aku rasa daging..rasa nak termuntah pun ada bila mkn nasi tu..so apalagi lapar la aku!!!..dah la aku mmg jenis tak bersahur..sudahnya abis hubby berbuka..aku ajak p McD..mkn fillet O fish sketul..iced coklat..kenyang!!!hehehe....

Mengimbau kenangan raya thn lalu...pagi raya kami bersembahyang raya di stadium hoki..berimamkan org arab..n rasa mcm kat arab pun ada!sbb ramai sgt org arab kat sini...then kitaorg berkumpul kat botanical garden.n mknn disediakan secara pot luck...thn ini..mgkin sama je event..sedikit berbeza sbb persatuan pelajar akan menganjurkan 3 in 1 event, sminggu selepas raya sempena..1.Sambutan kemerdekaan Malaysia ke-52. 2.Perlantikan baru tampuk pimpinan persatuan pelajar & 3.Jamuan Hari Raya...yg pastinya bbrp acara telah diatur utk memeriahkan majlis tersebut...antaranya bermula dgn gotong royong utk jimat kos menyediakan bbrp menu, nyanyian dan tarian...and my little hero will be participated in fesyen show...we are looking of the event!!! diharap semuanya akan berjalan lancar..amin.