Friday, September 25, 2009

Langit Merah...


Hari itu-23 Sept.2009 ....bumi Australia dilanda bencana alam. Negeri New South Wales, dimana kami berada dilanda ribut debu!!!Seawal pagi, langit yg cerah bertukar menjadi merah...angin bertiup kencang..
Opera House yg mnjadi ikon Sydney hampir tidak kelihatan kerana diselaputi debu....negeri2 lain ada yg dilanda earthquake,banjir, kebakaran dan hail (hujan batu) yg menyebabkan cermin-cermin kerta pecah!!....
Ini pemandangan dr tingkap rumah kami di Wollongong....

Pemandangan di luar rumah..so scary but amazing!


Kereta yg diselaputi debu...
Cameraman on his way to work that morning...


Dr dalam kereta...


Beginila klu memandu pada waktu itu.....

Dilaporkan pada pagi itu..semua penerbangan dibatalkan..business di pelabuhan juga terganggu...debu-debu terus berterbangan walaupun langit merah itu beransur cerah...tingkap2 rumah tidak boleh dibuka....jln2 raya juga berdebu yg amat sangat..
Subhanallah..maha suci Allah yg menjadikan semua ini...
Semalam-24.Sept.2009...cuaca cerah. Kerja-kerja pembersihan terutamanya di Harbour,Sydney dimulakan. Menurut mereka yg terlibat dgn aktiviti cleaning ini..ia akan memakan masa yg agak lama.... kedai cuci kereta penuh seawal pagi..menurut salah satu berita di Tv, waktu pg..di satu kedai hampir 100 buah kereta telah dicuci dan banyak yg menuggu giliran, menurut pengusaha carwash itu jumlah kereta yg dicuci boleh mencecah 400 buah hanya dlm sehari..satu jumlah yg amat besar...

3 comments:

  1. Pagi tu sudah subuh nak la minum kopi kat balcony, sekali idung rasa mcm sedut debu tanah daa...

    ReplyDelete
  2. take care kak suzi ngan abg asone, n aufa too..

    ReplyDelete