Malam minggu yg lepas,aku n mr.hubby sempat membuat majlis rumah terbuka sempena hari raya. Majlis itu juga merangkumi majlis ulang tahun kelahiran Aufa yg ke-6..yg jatuh pada hari Khamis, 081009...kami membuat keputusan utk mengadakan majlis tersebut pg Sabtu itu, oleh itu persiapan dibuat seawal pagi...fikir menu utk tetamu pun pagi itu juga..maka kelam kabut la kami berdua keluar membeli barang yg diperlukan, menempah kek harijadi, mengemas rumah, menghantar sms jemputan dan memasak..majlis ini serba ringkas tp tetap meriah dgn kehadiran rakan2 beserta keluarga mereka...
Juadah utk tetamu yg sempat kami sediakan. Nasi ayam, roti jala kari ayam dan mix fruit utk pencuci mulut...dah separuh perjalanan majlis, baru cameraman teringat nak ambik gambo..huhu..1st time ni buat roti jala utk jamuan. Penat gakla menjala..tp seronok tengok roti jala tu abis...tak taula sbb sedap atau pun tetamu sebenarnya tgh dlm keadaan lapar..anggap sedap je la ;0)..
Antara tetamu yg hadir, set2 kaum wanita@ibu ni suka duk kat dapur wlpn kat ruang tamu tu luas lg..mcm org2 kg. gitu...
potong kek besday..Aufa dikelilingi rakan-rakannya...
sekali lagi..dah terpotong kek tu, baru cameraman teringat nak ambik gambo...sabau je la..ni la rupa kek Aufa yg ke-6 tahun..caracter cartoon kegemarannya..Bumblebee dlm citer Transformers...
Majlis ini agak special. Selain dr kehadiran rakan2 dr Malaysia, majlis ini juga dihadiri family best friend si Aufa yg berasal dr Nepal...kawan baik Aufa tu bernama Tanay a.k.a Basu bila berada di rumah mereka....Aufa minta kami jemput classmate dia, tp kami tak berkesempatan nak mencari no. telefon kawan2nya yg lain....tambahan pula waktu ini adalah semasa cuti sekolah...so Aufa..hope you enjoy the birthday party as you wish ok! and of course may Allah bless you..besar dah anak mummy and daddy ni...sungguh cepat masa berlalu...
Decision buat hari Sabtu, beli barang hari Sabtu, masak hari sabtu, majlis pun hari Sabtu! Tere aaa korang, memang cekap!! Caya lah hehehe
ReplyDelete