Sunday, March 1, 2009

Katoomba , Blue Mountain


* travel by car hampir 2jam 30minit.
* tempat yg cantik untuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaanNya..
* berhampiran sebuah pekan kecil -Katoomba
* Blue Mountain ni telah diteroka oleh Australian Aborigines kira-kira 26 ribu tahun dahulu. Penduduk orang asli masa tu terdiri dari suku kaum Daruk, Gundungurra, Darkinung, Wiradjuri dan Eora.
* amat terkenal dengan kisah 'Three Sisters'
'Three Sisters'
Merupakan kisah sumpahan2 beradik menjadi batu..iaitu Meehni, Wimlah dan Gunnedoo telah jatuh cinta dengan tiga lelaki dari suku/puak lain dan tidak dibenarkan berkahwin oleh puak masing2 .
Terjadilah pergaduhan antara puak dan seorang ahli sihir telah menyumpah 3 beradik ini bagi menyelamatkan mereka dari dibunuh dan kononnya bila keadaan sudah aman tiga beradik ni akan ditukarkan semula menjadi manusia.
Nak dijadikan cerita...ahli sihir ni pulak ler yg terbunuh..so takde sapa2 lagi yg sepower ahli sihir ni untuk menukarkan mereka semula menjadi manusia......so sehingga hari inilah mereka2 menjadi batu daaaa....kononnya la kan..( ala2 cerita si tanggang la ni.. hehe )
inilah rupa '3 sisters' yg dah jadi batu tu..

* macam2 aktiviti bleh buat kat sini seperti Skyway, Cableway, Railway dan Walkway.


patung mengambarkan '3 sisters'

'3 beranaks' hehe
-asuw-

1 comment:

  1. hehhe.. mcm besa ku lihat tempat ini... three sisters yg tak mcm three sisters... wakakaka...

    ReplyDelete